Kelas Membuat Artikel Majalah Menggunakan Publisher
16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Membuat Artikel Majalah menggunakan Microsoft Office Publisher 2013. Seramai 4 orang peserta yang menghadiri kelas ini yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Pengisian dalam kelas ini adalah Pengenalan kepada Microsoft Office Publisher. Dalam kelas ini peserta telah diajar menggunakan fungsi yang ada pada Microsoft Office Publisher. Kemudian peserta diajar membuat artikel majalah Sebagai latihan untuk memantapkan lagi kemahiran menggunakan Publisher. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: